TANAMAN SAWIT YANG PRODUKTIF

Pokok sawit membawa keuntungan yang besar! Mana tidaknya, tanaman sawit mengeluarkan hasil yang berterusan dan tinggi selama 20 hingga 30 tahun. Jika dibandingkan dengan tanaman minyak sayuran yang lain, sawit tidak memerlukan keluasan tanah yang besar untuk menghasilkan jumlah minyak sayuran yang banyak. 

Sebatang pokok sawit yang subur boleh menghasilkan 26 Buah Tandan Segar (BTS) dalam masa setahun. Banyaknya bilangan buah yang dihasilkan!

Buah sawit yang masak akan berwarna merah keemasan. Ia perlu dituai dan dihantar ke kilang dengan segera, bagi memastikan hasil minyak yang diperah berkualiti tinggi.

 

 

 

 

4b-300x231

 

 

Tahukah anda, terdapat dua jenis minyak sayuran yang dihasilkan oleh buah sawit?

 

 

 

1_BM