MESRA ALAM SEKITAR

Penanaman pokok sawit yang pesat membantu pertumbuhan ekonomi negara.

_

Ladang- ladang sawit ini diusahakan mengikut prosedur pertanian lestari bagi mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar. Usaha untuk mengurangkan gangguan terhadap alam sekitar sentiasa dijalankan.

_

Dianggarkan 16% tanah di Malaysia digunakan untuk menanam pokok sawit.

1_

Kita perlu menjaga alam sekitar dengan baik!

                    4

Tahukah kawan-kawan, tanaman sawit amatlah produktif. Ia berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi, iaitu 10 kali ganda lebih minyak bagi setiap hektar tanah, berbanding tanaman minyak sayuran yang lain.

_

Penyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan supaya hasil pengeluaran pokok sawit boleh dipertingkatkan lagi. Sekarang, satu hektar tanaman sawit boleh menghasilkan 3 hingga 4 tan tandan buah sawit. Misi penyelidikan adalah untuk menghasilkan 6 tan buah sawit setiap hektar menjelang tahun 2020!

2

Apabila pokok sawit sudah tua, ia akan ditebang dan batang pokok akan dipotong-potong sebelum dibiarkan mereput. Penguraian batang pokok akan mengembalikan bahan organik kepada tanah dan melengkapkan kitar nutrien. Selain itu, batang-batang ini juga boleh dijadikan perabot.

_

Amalan Pertanian Baik (APB) sentiasa dilaksanakan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri minyak sawit tempatan berjaya mencapai standard kecemerlangan yang tinggi berbanding negara lain.