Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat

 

Berbeza dari yang Disangka

MOHD YAZID HASHIM

Sarjana Muda Sains Hortikultur

Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Korporat

 

 

Apakah yang berbeza tentang kerja Abang Yazid?

Ia tak menjemukan langsung! Hari ini bekerja di satu ladang, esok di ladang di negeri lain pula. Banyak masalah baharu yang mesti diselesaikan. Selalu mendaki bukit dan menerokai hutan.

 

Apa yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya ini?

Keberanian. Berani untuk membuat kerja di luar pejabat, berani untuk membuka minda. Kita perlu mencabar diri kita setiap hari.

 

Apa yang Abang Yazid paling suka tentang pekerjaan ini??

Menggunakan pengetahuan yang ada pada saya, dan menyampaikannya kepada orang lain. Saya sangat berpuas hati kerana saya merasakan diri saya menjadi seorang yang lebih baik kerana dapat membantu.

.

.