Pegawai Eksekutif, Kontrak dan Perolehan

 

Bukan Hanya untuk Lelaki

SUZANA ABDUL AZIZ

Sarjana Muda Pengurusan dan Teknologi Perladangan

Pegawai Eksekutif, Kontrak dan Perolehan

 

 

Kenapa Kak Suzana tertarik dengan pekerjaan ini?

Sebab ia peluang baru untuk wanita, dan saya salah seorang pekerja wanita pelopor dalam industri ini. Memang sukar, tapi kami berpeluang untuk masuk ke ladang dan menerokai hutan!

 

Apa yang Kak Suzana paling suka tentang pekerjaan ini? 

Kita tak terperuk hari-hari di dalam pejabat. Bila timbul masalah di ladang, kami mesti ke sana untuk menyelesaikannya.

 

Adakah pekerjaan dalam industri ini sesuai untuk wanita? 

Memang sesuai, asalkan kita mempunyai inisiatif sendiri untuk menyesuaikan diri, dan mempunyai sikap proaktif. Memang sukar pada mulanya, dan memang lain dari pekerjaan biasa, tapi saya dan pekerja wanita lain dalam industri ini menjadi bukti yang wanita boleh bekerja dalam bidang ini.

 

.