KEGUNAAN MINYAK SAWIT

 

Tahukah anda, minyak sawit boleh didapati di sekeliling anda sekarang?

1b

Ia wujud di dalam makanan seperti kek dan aiskrim.

_

Ia merupakan komponen penting di dalam sabun mandi dan syampu rambut.

1d

Ia digunakan untuk membuat produk kosmetik.

_

1e

Ia digunakan untuk memasak makanan yang enak.

1f

Ia juga boleh didapati dalam dakwat dan cat.

_

-

Produk Makanan

   2

Minyak masak daripada sawit tidak meninggalkan rasa tidak menyenangkan pada masakan. Ia juga tidak melekat pada kuali atau periuk.

3

Minyak sapi berasaskan minyak sawit menjadikan roti canai dan murtabak lebih lazat dan jauh lebih berkhasiat berbanding minyak sapi yang diperbuat daripada susu lembu.

4

Lemak gorengan industri daripada minyak sawit merupakan pilihan utama industri kerana ia stabil pada suhu tinggi. Minyak ini tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Ini memberi penjimatan kos kepada industri.

                        5

Marjerin daripada minyak sawit adalah yang terbaik kerana tidak perlu melalui proses penghidrogenan, yang menghasilkan lemak trans.

6

Lelemak dan adunan lelemak daripada minyak sawit sering digunakan dalam pembuatan kek kerana ia tidak mudah cair. Ia juga memberi rasa berkrim pada aiskrim dan coklat.

_

-

Produk Bukan Makanan

Minyak sawit juga boleh didapati di dalam produk bukan makanan. Minyak sawit dan minyak isirung sawit digunakan untuk membuat pelbagai produk Berasaskan oleokimia seperti:

7

Produk Penjagaan Peribadi dan Kosmetik

gincu bibir, sabun, syampu, perapi rambut, ubat gigi, deodoran

                8

Produk Pembersih Rumah

sabun pencuci pakaian, pelembut fabrik, bahan pencuci rumah

9

Produk Perindustrian

dakwat pencetak, cat, racun serangga