Kerjaya
Saya rasa, ramai dalam kalangan kawan-kawan yang sudah mengimpikan kerjaya masing-masing. Terdapat pelbagai pilihan, tetapi kadang kala sesuatu bidang itu tidak menarik minat anda kerana membosankan. Jika anda berminat pada sesuatu bidang, anda akan berasa seronok untuk menceburi bidang itu.Tetapi,apakah kerjaya yang mencabar dan juga seronok?
Terdapat banyak jurusan berkaitan dengan industri sawit yang ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan.Antara universiti tersebut ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan melatih kawan-kawan untuk menceburi bidang ini.
Jawapannya, sudah tentulah kerjaya di dalam industri berkaitan dengan sawit.
Peluang Kerjaya
Peladangan
- Jurulatih/ Penyelia
- Pegawai Eksekutif Perladangan
- Pengurus Ladang
- Pengurus Besar Ladang / Penasihat Ladang
Pengeluaran/ pengilangan
- Jurulatih Penyelia
- Pegawai Pengeluaran Minyak Sawit
- Penolong Jurutera Dandang Gred 2
- Jurutera Engineer Gred 1
Korporat
- Pegawai / Pengurus Sumber Manusia
- Akauntan
- Peguam
- Setiausaha Syarikat
- Pegawai Pengangkutan
- Pegawai / Pengurusan Keselamatan
- Jurutera Kilang
- Jurutera Kimia
- Jurutera Elektrik
- Jurutera Sivil
- Pegawai / Pengurus Pemasaran
Penyelidikan dan Pembangunan
- Ahli Agronomi
- Saintis Tumbuh-tumbuhan
- Pakar Tanah
- Pakar Serangga
- Pakar Pemakanan
- Ahli Oleokimia
Kalau kawan-kawan hendak mengenali beberapa orang yang telah menceburkan diri dalam industri sawit ini,ikutilah perbualan saya dengan mereka.
.