Mengenai Edupalm

EDUPALM adalah program inisiatif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk memberi kesedaran tentang industri minyak sawit untuk para pelajar sekolah menengah. Laman web ini dibangunkan sebagai salah satu aktiviti di bawah program EDUPALM yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang industri sawit negara kepada pelajar sekolah menengah. Melalui program ini, para pelajar dapat mengetahui:

 

  • Sumbangan industri sawit kepada ekonomi negara
  • Kepentingan tanaman sawit kepada alam semulajadi dan peranannya dalam membantu menyerap gas ‘rumah hijau’
  • Produk makanan berasaskan sawit seperti marjerin dan minyak masak adalah bebas kolesterol dan kaya dengan Vitamin E
  • Produk bukan makanan yang diperbuat daripada oleokimia sawit adalah mesra alam
  • Peluang-peluang pekerjaan di dalam industri sawit serta maklumat tentang institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus-kursus yang berkaitan