Minyak Untuk Kehidupan

Minyak sawit telah diiktiraf sebagai minyak sayuran yang berkhasiat oleh Pertubuhan Makanan & Pertanian (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia digunakan secara meluas di lebih dari 150 buah negara di seluruh dunia.
|
• Badan kita memerlukan lemak untuk membekalkan tenaga dan membina sel, hormon serta tisu badan. • Lemak wujud di dalam bentuk asas yang dikenali sebagai asid lemak. • Minyak sawit berkhasiat kerana ia mempunyai kandungan asid lemak tidak tepu dan asid lemak tepu yang seimbang. Tahukah Anda? 1 gram lemak atau minyak sayuran membekalkan 9 kilokalori tenaga; iaitu 21/4 kali ganda lebih banyak berbanding 1 gram karbohidrat atau protein yang hanya membekalkan 4 kilokalori tenaga. |

|
• Lemak trans menyebabkan penyakit jantung, kanser, diabetes, kecacatan bayi dan masalah kesihatan yang lain. • Kebanyakan marjerin mengandungi lemak trans kerana ia telah melalui proses penghidrogenan. • Minyak sawit secara semulajadinya adalah separa pepejal dan tidak perlu dihidrogenasikan untuk dijadikan marjerin; justeru, marjerin berasaskan minyak sawit tidak mengandungi lemak trans. |
|
• Minyak sawit adalah sumber vitamin E dan karotenoid yang terkaya. • Vitamin E dan karotenoid sawit merupakan antioksidan yang kuat dan mampu melindungi badan daripada molekul berbahaya (iaitu radikal bebas) yang boleh merosakkan sel, menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain. |
![]() • Kolesterol yang berlebihan boleh menyekat saluran darah dan menyebabkan serangan jantung. • Minyak sawit tidak mengandungi kolesterol. • Minyak sawit juga mengandungi bahan berkhasiat yang boleh membantu menurunkan risiko pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. |
![]() • Karotenoid adalah molekul semulajadi yang memberikan warna kemerah-merahan kepada minyak sawit. • Minyak sawit merah kaya dengan karotenoid – 15 kali ganda lebih banyak berbanding lobak merah dan 30 kali ganda lebih banyak berbanding tomato. • Vitamin A bertindak menguatkan sistem imunisasi, merangsang tumbesaran yang normal dan mencegah buta serta kematian di kalangan kanak-kanak. • Karotenoid minyak sawit digunakan untuk menambahkan khasiat di dalam biskut, roti dan snek di banyak negara. |
![]() • Tanaman yang diubahsuai secara genetik mampu meningkatkan daya ketahanan penyakit dan serangan makhluk perosak disamping memberi hasil yang lebih tinggi. • Namun, kebanyakan negara di dunia tidak bersetuju dengan pengubahsuaian ini kerana mereka bimbang tentang risiko yang mungkin timbul. • Masalah ini tidak wujud bagi minyak sawit kerana pokok sawit tidak melalui pengubahsuaian genetik apabila ditanam. |


