SEJARAH KELUARGA SAWIT

 

 

Nama saintifik Sawit ialah Elaeis guineensis Jacq. Ia berasal dari Afrika Barat.

Sawit mula-mula dibawa ke negara ini oleh orang British untuk dijadikan pohon hiasan di dalam taman pada tahun 1870-an. Sawit sebenarnya sudah digunakan secara meluas di negara lain. Antara bukti awal kegunaan sawit adalah:

 

 

 

 

  • Kesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir
  • Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu
  • Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.

34

 

Sawit mula bertapak secara meluas di Malaysia pada tahun 1960-an. Ketika itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan skim penerokaan tanah untuk menanam pokok sawit.

Tujuan utama skim ini adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Pada hari ini,Sawit tumbuh dengan suburnya di ladang-ladang sawit di seluruh negara, iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.

Kawan-kawan, kita harus berasa bangga kerana negara kita merupakan antara pengeluar ‘cecair emas’ yang terbesar di dunia!