Sertai Kami
Disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
Kerajaan persekutuan mengiktiraf industri minyak sawit sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara dan sentiasa mengutamakan pembangunan industri ini.
Banyak pilihan pekerjaan, dengan pelbagai peluang kerjaya
Sama ada anda graduan Sains, Sastera atau Vokasional, pasti terdapat pekerjaan yang sesuai untuk anda dalam industri minyak sawit, sama ada dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, perladangan, pengilangan, kewangan dan pemasaran. Walau apapun kemahiran dan minat anda, terdapat tempat untuk anda dalam industri ini
Banyak faedah sampingan
Adakah anda mencari jaminan penjagaan kesihatan, elaun, latihan pembangunan, dan gaji yang lumayan? Syarikat yang terlibat dalam industri sawit membayar gaji yang menarik serta menjaga kebajikan kakitangannya dengan baik..
Jadilah sebahagian daripada industri yang berkembang maju
Sungguhpun Malaysia sudah terlibat dalam industri sawit selama lebih daripada satu abad, masih terdapat ruang untuk pembangunan industri ini. Permintaan bagi minyak sawit adalah tinggi bagi menampung penggunaannya dalam pelbagai produk makanan dan bukan makanan. Permintaan ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Majlis Minyak Sawit Malaysial (192835-K)
Tingkat 2, Wisma Sawit, Lot 6,
SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 7806 4097, Faks: +603 7806 2272
www.mpoc.org.my, www.edupalm.org.my