TITIK PERMULAAN SEHINGGA HASIL

 

Pokok sawit hidup dengan subur di Malaysia yang bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk membesar dengan sempurna dan mengeluarkan hasil yang banyak.

 

Untuk menghasilkan minyak sawit yang berkualiti, langkah- langkah berikut perlu diambil.

 

Hanya benih sawit yang terbaik sahaja dipilih untuk disemai. 

Benih sawit yang disemai akan dipindahkan ke dalam polibeg di tapak semaian selama 12 hingga 15 bulan.

                 2b_02

Anak-anak pokok sawit yang sihat dan sempurna sahaja akan dipindahkan ke ladang.

2b_03

Langkah berjaga-jaga sentiasa diambil untuk mencegah serangan serangga perosak dan penyakit ke atas pokok- pokok sawit di ladang.

2b_05

Pokok sawit mula berbuah 30 bulan selepas dipindahkan ke ladang. Pokok-pokok ini terus berbuah selama 20 hingga 30 tahun, sebelum digantikan dengan pokok-pokok yang baru.

2b_06